Program TTT eRezeki (Penolong Pengurus) anjuran MDEC
| Tarikh | : 17 Mac 2018 |
| Masa | : 9.00 pagi – 5.30petang |
| Lokasi | : PI Lubok Buntar |
| Peserta | : 8 orang |
| Tujuan | |
|
Program eRezeki adalah berdasarkan konsep crowdsourcing, dengan tumpuan khusus diberikan kepada model berasaskan perkhidmatan. Program ini bertujuan untuk memberi manfaat terutamanya kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah, dengan membuka peluang dan membolehkan mereka meraih peluang pendapatan menerusi kaedah digital. Melalui eRezeki, peserta akan dilatih, peroleh kelayakan dan dipadankan kepada tugasan yang bersesuaian. Dengan menyertai program ini, peserta akan mendapat peluang bekerja secara sambilan dan memperoleh pendapatan tambahan. Tugasan-tugasan diperolehi daripada pasaran antarabangsa atau syarikat tempatan. Pusat eRezeki juga telah ditubuhkan di lokasi-lokasi strategik di seluruh negara, bagi membolehkan rakyat yang mempunyai akses terhad kepada infrastruktur ICT yang baik untuk mengambil bahagian di dalam program ini. Pusat eRezeki akan menyediakan latihan dan bantuan untuk memastikan peserta mendapat manfaat sepenuhnya daripada program ini. |
|
| Aktiviti | |
|
Program TTT ini atas tujuan memberi pendedahan berkenaan langkah-langkah untuk mendaftar e-Rezeki dan penggunaan e-Rezeki dalam membantu meningkatkan pendapatan. Peserta terdiri daripada Penolong Pengurus Pusat Internet (PI) Serdang, PI Lubuk Buntar, PI Kg Kuala Selama, PI Bandar Baharu, PI Kg Sg Batu, PI Kamunting, PI Pokok Assam Darat, dan PI Felda Lasah. Tenaga Pengajar untuk TTT ini ialah En Amir dari Flows Studio selaku wakil MDEC. Sesi latihan berkenaan eRezeki bermula kepada peserta terlibat selepas sesi pendaftaran kehadiran dan suai kenal ringkas.Peserta diajar bagaimana untuk mendaftar e-Rezeki dan bagi yang telah mendaftar hanya perlu daftar masuk sahaja untuk terus lihat proses menambah pendapatan melalui sistem eRezeki ini. Program ini bermula jam 10.00 pagi berehat pada jam 1.00 petang dan bersambung kembali pada jam 2.00 sehingga 5.00 petang. |
|