Jadi Pelajar Pintar Dengan AI
July 15 @ 10:00 am - 12:00 pm
Webinar ini bertujuan memperkenalkan peserta kepada asas AI Generatif serta potensinya dalam menyokong proses pembelajaran. Peserta akan memahami konsep dan kegunaan AI, mempelajari amalan penggunaan AI secara beretika dan bertanggungjawab, serta menguasai teknik menghasilkan prompt yang berkesan bagi mendapatkan respons yang berkualiti. Selain itu, webinar ini turut memberikan pendedahan kepada aplikasi praktikal AI sebagai alat sokongan untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran, produktiviti, dan kemahiran belajar secara kendiri.