Program One Hour With Al-Quran
| Tarikh | : 7 jun 2018 |
| Masa | : 10.00 pagi – 12.30 tengahari |
| Lokasi | : PI Serdang |
| Peserta | : 36 orang |
| Tujuan | |
|
‘One Hour With Al-Quran’ merupakan program dimana untuk mengajak dan menggalakkan umat Islam supaya membaca, memahami dan mengamalkan ajaran yang terkandung dalam Al-Quran.Melalui program ini penghayatan dan masa selama satu jam satu hari untuk membaca dan menghayati ayat suci Al-Quran dapat dipupuk didalam diri umat Islam |
|
| Aktiviti | |
|
Program ini telah di adakan di pusat internet Serdang. Peserta di hadiri oleh guru-guru kafa bandar baharu, penyelia guru kafa, komuniti serdang dan juga guru tadika kemas serta pelajar tadika kemas. Pengisian ketika program di jalankan adalah para peserta diberi satu juzuk setiap orang dan mula membaca beramai-ramai, dimana setiap orang mewakili satu juzuk. Selepas habis membaca Al-Quran majlis diteruskan dengan khatam al-quran. Di akhir program pihak pusat internet menyampaikan cenderahati kepada para peserta dan juga hadiah untuk cabutan bertuah. |
|