Program Hari Bersama Komuniti Serdang

Laporan Aktiviti | 11 October 2018
Tarikh : 6 Oktober 2018
Masa : 8.00 pagi – 2.30 petang
Lokasi : PI Serdang
Peserta : 128 orang 

 

Tujuan 
Tujuan program ini diadakan adalah bagi memperkenalkan dan mempromosikan perkhidmatan pusat internet kepada komuniti setempat dengan mendekatkan diri dengan masyarakat dan menjalin hubungan kerjasama dengan jabatan lain seperti jabatan kesihatan KOSPEN, IPD Bandar Baharu, Tabung Haji, Perpustakaan Awam Bandar Baharu dan Belia Melayu Aktif 
Aktiviti 

Aktiviti ketika Hari Bersama Komuniti bermula dengan pendaftaran keahlian serta mempromosikan keahlian secara percuma ketika hari program. Muat turun aplikasi Dashboard dan senaman aerobik. Program dipecah kepada 2 pengurusan di mana aktiviti mewarna, jom kenali komputer,taklimat E-Rezeki, taklimat dan kuiz dashboard serta bengkel jelajah myshop diadakan di dalam Pusat Internet serdang di bahgian atas dan aktiviti sukaneka, pameran booth, pemeriksaan kesihatan,download apps, pendaftaran di adakan di luar pusat internet di bawah khemah. Di akhir program, aktiviti perasmian telah dirasmikan oleh Tuan Zulkifli selaku pegawai MARA Daerah Bandar Baharu di iringi En Mohd Aziadi wakil dari pihak Telekom Malaysia. Aktiviti penyampaian hadian, cabutan bertuah seterusnya jamuan makan untuk tetamu di khemah dan jamuan makan untuk VVIP di dalam Pusat Internet.

Gambar Disini