Latihan Keusahawanan : Asas Microsoft Office Dan Internet

Laporan Aktiviti | 27 April 2018
Tarikh : 25-26 April 2018
Masa

: 9.30 pagi – 5.30petang

  Rehat 1.00 – 2.00 petang

Lokasi : PI Serdang
Peserta : 1 orang 

 

Tujuan 
Memperkenalkan peralatan komputer dan memberi pendedahan cara menggunakan komputer dengan betul, Asas microsoft office word, excel dan powerpoint serta asas internet
Aktiviti 

Peserta adalah lepasan pelajar sekolah menengah.  Peserta memilih untuk mengikuti kelas pendek selama dua hari penuh sementra untuk menunggu tawaran untuk sambung belajar ke peringkat tinggi.. Hari pertama kelas peserta diberi penerangan tentang cara menggunakan tetikus, papan kekunci, memperkenalkan cpu dan juga monitor serta hamparan yang terdapat pada paparan skrin komputer. Setelah peserta didedahkan dengan asas pengenalan komputer, peserta di beri satu latihan menulis artikel ringkas. Hal ini adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana kefahaman dan kepandaian peserta untuk menggunakan tetikus dan juga papan kekunci dengan betul.

Memandangkan peserta mahir untuk menggunakan komputer, peserta diterangkan cara menggunakan microsoft office word, di mana peserta di beri latihan untuk membuat satu pamplet iklan perniagaan, resume dan juga membina jadual. Peserta di ajar cara untuk membuat ubahsuai pada latihan yang telah ditulis dengan menggunakan semua format yang terdapat di dalam microsoft office word.

Setelah selesai membuat lahitan microsoft office word, peserta diterangkan asas microsoft office excel, dimana peserta di ajar untuk membuat latihan kewangan di mana di dalam latihan tersebut peserta perlu memasukkan formula untuk mendapatkan jumlah, hasil keuntungan, komisyen, minimum dan maksima. Peserta juga di minta untuk membina satu carta pai.

Hari kedua kelas peserta di beri penerangan cara untuk membina hamparan menggunakan microsoft office powerpoint. Peserta di minta untuk membuat satu persembahan tajuk alat bantuan untuk mengajar. Peserta di minta untuk memasukkan elemen-elemen seperti gambar, perkataan dan animasi yang menarik dengan menggunakan format yang terdapat di dalam powerpoint.

Di akhir kelas peserta di beri tunjuk ajar asas  untuk menggunakan internet seperti cara untuk membuat carian, membuat email, cara untuk menggunakan email,cara untuk mencari maklumat, banking online dan juga membeli belah dalam talian.

Gambar Disini