Kelas Microsoft Office Word – Membuat Jadual

Laporan Aktiviti | 4 May 2018
Tarikh : 4 Mei 2018
Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengahari
Lokasi : PI Serdang
Peserta : 1 orang (OKU)

 

Tujuan 
Meningkatkan dan menambah pengetahuan kepelbagaian cara untuk menggunakan microsoft office word
Aktiviti 
Peserta adalah pelajar sekolah menengah berumur 15 tahun, beliau seorang OKU dari segi penglihatan di mana ada kecacatan sedikit pada bebola mata.  Peserta diteruskan dengan latihan cara untuk membina jadual menggunakan microsoft word. Peserta di minta untuk membuat satu latihan jadual keputusan ujian. Peserta di ajar cara untuk memilih design jadual, mewarna jadual, menukar tulisan dan mewarna tulisan. Peserta juga di ajar format jadual di mana peserta perlu memilih untuk merge cell, delete cell, add cell.

Gambar Disini