Asas Pengenalan Komputer & Asas Microsoft Office Word

Laporan Aktiviti | 3 May 2018
Tarikh : 28 April 2018
Masa : 9.30 pagi – 12.30 tengahari
Lokasi : PI Serdang
Peserta : 2 orang 

 

Tujuan 
Memperkenalkan peralatan komputer dan memberi pendedahan cara menggunakan komputer dengan betul.
Aktiviti 

Peserta adalah lepasan pelajar sekolah menengah. Hari pertama kelas peserta diberi penerangan tentang cara menggunakan tetikus, papan kekunci, memperkenalkan cpu dan juga monitor serta hamparan yang terdapat pada paparan skrin komputer. Setelah peserta didedahkan dengan asas pengenalan komputer, peserta di beri satu latihan menulis artikel ringkas. Hal ini adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana kefahaman dan kepandaian peserta untuk menggunakan tetikus dan juga papan kekunci dengan betul. Memandangkan peserta adalah bekas pelajar sekolah menengah, jadi tiada masalah untuk menggunakan komputer buat pertama kali ketika mengikuti kelas di Pi1m Serdang. Peserta juga boleh menaip menggunakan microsoft office word dengan baik ketika di beri latihan asas di mana peserta perlu menaip ke semua nombor, huruf dan juga simbol yang terdapat di papan kekunci.

Gambar Disini