AI Smart Study Lab: Belajar Lebih Bijak dengan AI
AI Smart Study Lab merupakan sebuah webinar interaktif selama 3 jam yang direka khas untuk membantu peserta memahami asas AI Generatif serta menguasai teknik menggunakan AI sebagai pembantu pembelajaran pintar. Peserta akan didedahkan kepada kaedah menghasilkan prompt yang berkesan, membuat nota pembelajaran, meringkaskan artikel, menjana soalan latihan, merancang jadual ulang kaji serta meningkatkan produktiviti akademik menggunakan pelbagai alat AI.
Program ini bukan sekadar sesi perkongsian teori, malah turut menampilkan demonstrasi secara langsung (live demo), aktiviti hands-on, latihan praktikal, kuiz interaktif dan sesi soal jawab bagi memastikan setiap peserta memperoleh pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan serta boleh terus diaplikasikan dalam pengajian harian.