mcmc
Maklumat Setempat

Program One Hour With Al-Quran

‘One Hour With Al-Quran’ merupakan program dimana untuk mengajak dan menggalakkan umat Islam supaya membaca, memahami dan mengamalkan ajaran yang terkandung dalam Al-Quran.

Melalui program ini penghayatan dan masa selama satu jam satu hari untuk membaca dan menghayati ayat suci Al-Quran dapat dipupuk didalam diri umat Islam.

Oleh itu, Pusat Internet Serdang akan mengadakan program “One Hour With Al-Quran” pada 7 jun 2018 bertempat di Pusat Internet Serdang. Semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program. Semoga kita semua mendapat manfaat.