Syarat-syarat Pertandingan Usahawan baru Online:
i. Mempunyai produk jualan dan belum ada akaun jualan dalam talian (Barang Larangan tidak dibenarkan)
ii. Ahli Pusat Internet kelolaan TM/MSD dan Warganegara Malaysia
iii. Berumur 18 tahun dan keatas
iv. Wajib mengikuti kelas dan bengkel yang ditetapkan (Shopee atau Lazada)
v. Perlu menyertakan salinan invois dan rekod jualan bulanan (Cetak dari Platform yang digunakan) kepada Petugas untuk diserahkan bersama laporan akhir.
vi. Pemenang akan dipilih berdasarkan peratus keuntungan dan jumlah jualan. Hanya peserta mempunyai jualan sekurang-kurangnya 30% dan ke atas dalam tempoh pertandingan sahaja yang akan diambil kira untuk penentuan pemenang tanpa mengira bulan dalam tempoh pertandingan.
vii. Sekiranya dalam tempoh pertandingan, tiada jualan yang dapat dilakukan atau peserta yang kurang mengikut negeri masing-masing, maka pertandingan akan dilanjutkan atau tiada pemenang akan diumumkan.
viii. Pendaftaran bermula 15 hingga 20 Julai 2020.
ix. Kelas bermula diantara 21 Julai hingga 15 Ogos 2020.
x. Jualan boleh bermula 16 Ogos 2020 dan rekod jualan akan mula diambil bermula 31 Ogos hingga 30 November 2020.
xi. Petugas pusat internet dan pasangan, adik beradik sendiri dan pasangan, ibu bapa sendiri dan pasangan adalah dilarang menyertai pertandingan.
Maklumat Komuniti
13 July 2020
PERTANDINGAN USAHAWAN ONLINE BARU
