mcmc
Maklumat Komuniti

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO DAN TAGLINE

KEMPEN KESEDARAN COVID-19

========================================

.

PENGANJUR :

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM)

.

========================================

OBJEKTIF PERTANDINGAN

========================================

? Mengajak masyarakat umum dalam menyemarakkan dan mengamalkan Kempen Kesedaran COVID-19.

.

? Peluang dan ruang bagi semua rakyat Malaysia di dalam dan di luar negara untuk sama-sama turut berkarya.

.

================================

SYARAT DAN TERMA PERTANDINGAN

================================

Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berumur 15 tahun ke atas kecuali keluarga dan ahli jawatankuasa penjurian pertandingan.

.

Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Walau bagaimanapun, hanya satu logo dan tagline sahaja akan dipilih sebagai pemenang.

.

Semua ciptaan mestilah asli dan tidak diceduk/ditiru/diciplak dari mana-mana logo dan tagline tempatan mahupun dari luar negara.

.

Semua logo dan tagline yang diterima oleh urus setia pertandingan akan menjadi hak milik KKMM dan tidak akan dikembalikan.

.

KKMM adalah berhak ke atas logo dan tagline yang terpilih sama ada untuk dipinda atau diubahsuai bagi maksud untuk digunakan atau dipamerkan ataupun dicetak dalam mana-mana

acara atau majlis rasmi.

.

Semua penyertaan perlu e-mel kepada:

logo.covid-19@kkmm.gov.my

.

==========================================

SPESIFIKASI REKA BENTUK LOGO DAN TAGLINE

==========================================

.

1️⃣ Logo dan tagline mestilah baharu dan asli serta tidak mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif dan boleh menyinggung mana-mana pihak.

.

2️⃣ Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga.

.

3️⃣ Penyertaan akan terbatal sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/ciplak.

.

4️⃣ Reka bentuk hendaklah dihasilkan di dalam lingkungan petak bersaiz A4 (ukuran 21cm x 29.7cm) berwarna putih dalam komputer grafik dalam bentuk “softcopy” menggunakan format PDF atau JPEG dengan resolusi minimum 1280 x 960 atau menggunakan perisian yang bersesuaian.

.

5️⃣ Pereka hendaklah memberi rasional ke atas reka bentuk logo dan simbol serta warna yang digunakan.

.

6️⃣ Reka cipta logo adalah bebas dan pilihan warna adalah tidak terhad.

.

7️⃣ Konsep Kempen Kesedaran COVID-19 hendaklah menarik, jelas, mudah dan kemas.

.

8️⃣ Ciptaan tagline tidak melebihi 20 huruf dan dalam Bahasa Malaysia sahaja.

.

========================

MAKLUMAN PENYERTAAN

========================

.

Setiap peserta hendaklah mengisi maklumat yang lengkap dan jelas seperti berikut:

.

➡️ Nama Penuh;

➡️ Nombor Kad Pengenalan;

➡️ Alamat Penuh;

➡️ Nombor Telefon; dan

.

➡️ Penyertaan hendaklah dihantar dalam bentuk soft copy melalui e-mel (dalam format PDF atau jpeg)

➡️ Penyertaan dibuka mulai 1 Julai 2020 (Rabu) hingga 10 Julai 2020 (Jumaat) sebelum pukul 12:00 tengah malam.

➡️ Sebarang penyertaan yang diterima selepas 10 Julai 2020 tidak akan dilayan oleh pihak urus setia.

➡️ Untuk keterangan lanjut, sila layari seperti laman sesawang berikut:

.

www.kkmm.gov.my

www.penerangan.gov.my

.

➡️ Pastikan tajuk e-mel tertulis “Pertandingan Mencipta Logo dan Tagline Kempen Kesedaran COVID-19”

➡️ Segala kos penyertaan pertandingan atas tanggungan peserta.

➡️ Logo dan tagline Kempen Kesedaran COVID-19 akan dilancarkan sebelum akhir Julai 2020.

.

? Pemenang akan dimaklumkan oleh pihak urus setia melalui telefon, surat atau e-mel.

.

? Hadiah Pemenang:

o Tempat Pertama = RM5,000;

o Tempat Kedua = RM3,000 dan;

o Tempat Ketiga = RM1,000.