mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan : Spa Muslimah

 

Class6 Salon Spa Muslimah Pertama di Serdang

Puan Narzatul Wirda Binti Saidin atau lebih dikenali dengan panggilan puan wirda merupakan orang pertama yang memberanikan diri mengambil peluang untuk membuka salon muslimah. Hal ini adalah kerana faktor jauh untuk penduduk serdang keluar ke bandar berhampiran seperti parit buntar atau kulim untuk membuat rawatan penjagaan diri.

Salon spa muslimah puan wirda pada mulanya hanya mempunya seorang pekerja, kini telah bertambah kepada 3 orang pekerja disebabkan faktor permintaan tinggi untuk menggunakan khidmat spa beliau terutamanya ketika hari cuti. Pada mula pembukaan spa muslimah puan wirda hanya melakukan promosi dari mulut ke mulut kepada saudara mara dan juga rakan kenalan selain daripada iklan menggunakan flyers.

Puan wirda telah berjumpa dengan petugas Pusat Internet Serdang untuk belajar cara membuat flyers dan juga belajar komputer. Selain itu Puan wirda juga telah mengikuti beberpa kali program keusahawanan yang telah dijalankan di pusat internet Serdang. Puan wirda mula menggunakan platform whatsapp,dan juga promosi online dengan menggunakan facebook.

Kini perniagaan puan wirda semakin berkembang dan berjaya menghasilkan produk sendiri seperti jamu kunyit, barut, tunku ibu dan bayi dan juga produk berpantang yang lain selain daripada perkhidmatan sauna, potong rambut, lulur, facial muka, bertangas, mandian dan juga rendaman kaki serta berurut. Pendapatan puan wirda pada mulanya dalam lingkungan Rm500 – Rm1000 kini telah bertambah sehingga rm3000 sebulan.