USAHAWAN ONLINE
Nama | : Norshafiza Binti Zainal |
Umur | : 38 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Puan Norshafiza ialah seorang Guru KAFA di SK Dato Haji Zainuddin. Beliau menjalankan perniagaan secara sampingan. Beliau telah mengikuti kelas multimedia di bawah Program Dai Digital dengan mengikuti beberapa kursus yang telah dianjurkan oleh pihak Pusat Internet Serdang. Antara kursus yang diikuti adalah Latihan Media Baru, WordPress, dan Video Atas Talian dengan hanya menggunakan smartphone.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan dengan PI Serdang, Puan Norshafiza sangat rasa janggal menggunakan internet dan smartphone untuk tujuan kerja dan juga perniagaannya
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengikuti kursus di PI Serdang, mula berani menggunakan komputer dan teknologi smartphone untuk tujuan perniagaan sampingan. Beliau tahu cara nak upload video di Youtube, cara edit gambar tanpa perisian mahal,hanya guna telefon sahaja.
Pengiklanan melalui risalah juga ada, namun pengiklanan melalui Facebook dan WhatsApp lebih relevan kerana iklan pemasaran tidak hilang begitu sahaja.