KEUSAHAWANAN

Keusahawanan | 2 August 2016

Aktiviti keusahawanan di kawasan serdang telah lama di jalankan iaitu semenjak zaman british lagi dimana ia dimonopoli oleh kaum cina yang berhijrah ke daerah bandar akibat daripada aktiviti pertanian dan perlombongan yang di jalankan sekitar serdang. Perniagaan runcit ini juga telah menjadi tradisi kaum cina yang masih teguh beroperasi sehingga kini. Dari setahun ke setahun aktiviti keusahawanan makin berkembang pesat sejajar dengan peningkatan ekonomi di serdang, dimana ia juga dapat di jalankan oleh kaum melayu dan juga kaum india. Kebanyakan kawasan kedai-kedai dan syarikat telah berpindah daripada deretan kedai papan ke bangunan batu yang lebih selesa dan terancang yang kini di kenali sebagai bangunan kompleks umno. Aktiviti keusahawanan di daerah serdang terdiri daripada pelbagai kedai runcit sehingga ke syarikat yang menjual pakaian, kedai makan, alatan menulis, gas, kedai telekomunikasi, butik pakaian pengantin dan banyak lagi.