Elak Virus, Jom Digital!

Maklumat Setempat | 25 March 2020

Gunakan perkhidmatan perbankan digital, elakkan daripada pergi ke cawangan bank
.
Bank Negara Malaysia (BNM) sangat menggalakkan orang ramai supaya membuat transaksi perbankan dan pembayaran secara digital (Jom Digital!) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (MCO).
.
Semua perkhidmatan perbankan dan pembayaran bank dalam talian boleh diakses. Perkhidmatan-perkhidmatan itu termasuk mendapatkan maklumat tentang kemudahan kredit dan pembiayaan bantuan khas untuk PKS yang menghadapi masalah.
.
Anda juga boleh menggunakan salah satu daripada banyak perkhidmatan e-pembayaran digital atau e-dompet, yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan dan bank. Walaupun premis di cawangan-cawangan bank masih dibuka semasa MCO, perkhidmatan di kaunter (Over-The Counter, OTC) telah dikurangkan. OTC hanyalah untuk perkhidmatan yang tidak boleh dilakukan melalui saluran dalam talian atau ATM.
.
Mengamalkan penjarakan sosial (sosial distancing) jika melakukan lawatan ke cawangan bank sangat dialu-alukan. Perkhidmatan ATM dan Mesin Deposit Cek terus boleh diakses. Tindakan ini penting pada peringkat ini bagi memastikan langkah berjaga-jaga dilakukan demi melindungi kesihatan orang ramai.
.
Bagi menjimatkan masa dan melindungi diri anda, kami menasihati orang ramai supaya menghubungi talian khidmat pelanggan bank masing-masing atau menghantar e-mel untuk sebarang pertanyaan atau khidmat nasihat.
.
BNM akan terus memantau dengan teliti perkembangan ini bagi memastikan akses orang ramai kepada perkhidmatan kewangan tidak terganggu.
.
Jagalah kesihatan anda, dan kesihatan masyarakat di sekeliling kita.
.
Pautan untuk perkhidmatan atau maklumat yang disediakan oleh Bank Negara:
.
1. www.bnm.gov.my
2. Laman sesawang eCCRIS di https://eccris.bnm.gov.my/
3. eLINK (Borang Sesawang) di https://telelink.bnm.gov.my/
4. BNMTELELINK (Pusat Perhubungan)
Tel: 1-300-88-5465 (1-300-88-LINK)
Luar Negara: +603 – 21741717
Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang (Isnin-Jumaat)