Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah Kementerian Sumber Manusia akan menganjurkan Ekspo Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 yang akan berlangsung pada 23-27 Julai 2022 (Sabtu-Rabu) ini bertempat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) bermula pada jam 9.00 pagi – 5.00 petang.
.
Karnival ini akan menganjurkan sesi temu duga dengan lebih daripada 30,000 peluang pekerjaan tersedia khas buat para pencari kerja.
.
Para pengunjung boleh mendaftar di www.myfuturejobs.gov.my/careerfair
.
Sekiranya perlukan bantuan untuk pendaftaran, boleh datang ke PéDi Serdang atau PEDi lain yang berdekatan