mcmc
Maklumat Setempat

Sejarah Pusat Internet 1Malaysia Serdang

Pusat Internet 1Malaysia Serdang telah memulakan operasi pada 27 Disember 2009 yang dulunya dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti Serdang (PJK). Pada tahun 2013 Pusat Jalur Lebar Komuniti telah menukar nama kepada Pusat Internet 1Malaysia .Pusat Internet 1Malaysia merupakan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) serta Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama MSD Digital Intelligence.Projek ini dilaksanakan di bawah Program Pemberian Sejagat dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar.

Diawal 5 tahun pertama penubuhan Pusat Internet 1Malaysia Serdang telah beroperasi di Tingkat 3, Jalan Raya 09800 Serdang Kedah. Memandangkan lokasinya terletak di bahagian tingkat tiga bangunan, ia menyukarkan pengunjung terutamanya golongan warga emas dan orang kurang upaya untuk menggunakan perkhidmatan di Pusat Internet 1Malaysia Serdang. Disamping itu juga pengunjung sukar untuk mendapatkan tempat meletak kenderaan diatas faktor kawasan tempat meletak kenderaan yang sempit dan berada dekat kawasan selekoh. Di atas kesedaran itu, maka pihak pengurusan telah mengambil inisiatif baru dengan menukar lokasi ke No. 8 Tingkat Atas Kompleks Perniagaan Melur Jaya 09800 Serdang Kedah. Lokasi baru ini masih di sekitar Serdang dan tidak jauh daripada lokasi lama. Lokasi yang lebih strategik dimana terdapat kawasan meletak kenderaan yang luas, berdekatan dengan kawasan taman perumahan. Selain itu, walaupun Pusat Internet 1Malaysia masih di tingkat atas, pihak pengurusan telak memasang pemegang tepi tangga dan keadaan tangga yang tidak tinggi untuk naik ke Pusat internet 1Malaysia. Pihak Pusat Internet 1Malaysia Serdang mengharapkan agar masyarakat setempat dapat menggunakan sepenuhnya kemudahan dan perkhidmatan terbaik yang disediakan oleh Pusat Internet 1Malaysia Serdang.

 

Profile Pi1m

Pusat Internet 1Malaysia Serdang

Kod Tapak

K03C003

Alamat

No 8 Tingkat Atas Kompleks Perniagaan Melur Jaya 09800 Serdang Kedah.

Koordinat

N : 5.204856,  T : 100.610899

Laman Web

WEB : mukimserdang.pi1m.my

FB : Https://Www.Facebook.Com/pi1mserdang

Emel

serdang@pi1m.com.my

Ekonomi Setempat

Pertanian Getah dan Sawit,Petani,Kerja Sendiri,Kerja Kerajaan Dan Kerja Swasta

Pemberi Perkhidmatan

Telekom Malaysia Berhad

Tarikh Bermula Operasi

27 Disember 2009

Petugas

2010

Pengurus                    :  Tengku Azzah Sakinah Binti Tengku Mohamad

Penolong Pengurus :    Siti Sarah Binti Lazim                                                                                                                                                                                                           

2011

Pengurus                    :  Nur Syuhada Bt Abd Rahman (November 2011)

Penolong Pengurus  :  Siti Sarah Binti Lazim

2013

Pengurus                    : NorHafizah Binti Mohamad Jani (Mei 2013)

Penolong Pengurus  : Siti Sarah Binti Lazim

2014 – 2016

Pengurus                    : Norhafizah Binti Mohamad Jani

Penolong Pengurus  : Noor Shazela Binti Ab Hadi (Disember 2014)

                           

Wifi Komuniti

WK 1 Pi1M Serdang ( Pusat Internet 1Malaysia Serdang)

WK 2 Pi1M Serdang (Taman Melur Serdang)